Wednesday, October 20, 2010

Memory 1999

Masa tengah surf tenet, teringat aku ada akaun friendster. lama x bukak. masa zaman2 jahiliah dulu, asik dengan friendster je kejenya. tiba-tiba terjumpa khazanah bernilai tahun 1999. sgt2 berharga. need to keep it tightly. TIKL 1999 4P2.

p/s: btw yang mana satu gambar aku?

usia telah meningkat, adakah tahap iman dan taqwa turut meningkat?? :(

Menanti dan Menunggu



huhu x sabar nak tunggu wife balik kl. i miss her. yup miss her trillion times. semoga perjalanannya diberkati dan dilindungi olehNya. Amin
 
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
`
`

Car Crash Accident




Semalam masa tengah sibuk kerja kat Hospital Serdang dengan ayahku n my kazen, tiba2 my kazen dpt call dari member dia. Member dia eksiden masa otw nak g tempat kitaorang.So semalam aku jadi tukang driver. Mula2 bawak kazen aku ke tempat kawan dia eksiden. Then g pickup ayah aku plak kat spital and g balik tempat eksiden tu.

Masa sampai, da ada towing truck. Depa ni bijak sebab muncul tepat pada masanya without call pun. Lagipun semalam heavy rain sampai jalan pun susah nak nampak. Mesti depa pikir ada kete yg eksiden. huhuh

Rupanya kawan kazen aku bawak terbabas langgar divider, lagi 250 meter nak masuk simpang hospital serdang. Lagi teruk, dia takde lesen dan kete tu plak kete akak kazen aku. huhuhu. last2 diskus punya diskus kasi bawak g workshop by their own without any help from towing truck. Nanti tak pasal2 terbang RM 700. Tak buat polis report gak sebab kawan kazen aku tu xde lesen huhu..

Hmm masa tengah tunggu setel2, aku borak2 ngan brother yang bawak truck towing tu. Got some lessons from them. Katanya 

"JALAN INI OPEN KEPADA SESIAPA. WALAU KITA BERHATI-HATI PUN, KALO PEMANDU LAIN X BERHATI-HATI, KITA AKAN EKSIDEN JUGAK. SO, APAPUN KENE BERJAGA-JAGA".

banyak informasi yang aku dapat dari brother yang kejenya cuma bawak truck tu. Dari tips2 sampai la ke nasihat berguna.

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!

Monday, October 18, 2010

Kerja sambilan


Huhuhu memandangkan aku sudah jadi penganggur, so xde keje tetap yang aku dapat buat huhu. buhsan sungguh bila xde keje. Tapi buhsan jugak kalo ada keje (especially cam keje tempat lama). So sekarang ni nak taknak terpaksalah aku mencari kerja baru walaupun secara sambilan. Disamping nk cari duit tampung perbelanjaan seharian, keje sambilan ni jugak wat hilang buhsan.

so buat permulaan before my resume terbang ke mana-mana destinasi, aku keje ngn my dad. Jadi ala-ala typewriter huhuhu. xpelah asalkan rezeki yang halal

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Barangsiapa yang merasa penat kerana bekerja untuk mencari rezeki yang halal, nescaya terampun segala dosanya".(Riwayat Al-Imam Al-Sayuti)


Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :Dari Khaula Al-Ansariah ra, ia berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Bahawasanya orang yang mencampur-adukkan harta Allah dengan jalan yang tidak halal, maka mereka akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat kelak."(Riwayat Al-Bukhari)

Keseorangan

huhu aku duduk sorang2 kat umah. isteriku balik bercuti kt kampung. Abah n umi mertuaku datang kl last saturday. so masa nak balik semula, isteriku minta izin, nak balik sama. nak cuti kat kmpg seminggu.
memandangkan dia xde keje, so bolehlah balik kampung. lagipun boleh temankan abah masa bawak kete nnt. Aku x ikut sebab nak siapkan keje my dad.

Tapi yang aku risau, baby dalam kandungan.Balik kl nnt dia kena naik bas huhu. Dia pun ada mention kat aku pasal ni. yelah risau jadi pepe. So aku ckp just tawakal je. then amik bas balik waktu siang, jangan amik balik malam sebab takut nanti tertidur rasa tak selesa.

Btw, aku rasa betul2 tak keruan kat umah. Rasa janggal sebab takde isteri kat sisi. huhu xde sapa nk borak n gaduh2. malam tadi pun tidur x selesa. kejap2 terjaga. terbangun pukul 12, 4, 4.30, 4.45 sampai subuh huhuhu. Miss my wife...............................

Diriwayatkan ada seorang laki-laki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa diatas dosa."

Sunday, October 17, 2010

irf*n dan ilh*m





Irf*n dan ilh*m ha*is. Anak kepada abang iparku. Hehe sangat comel and cute. Doa2 moga menjadi manusia hebat suatu hari nanti. Amin


p/s: nak bagi nama apa kat anak-anak kita nanti?...mmm adam ehsan? lalalalala

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, 'Tiap-tiap anak dilahirkan berkeadaan fitrah (suci bersih), maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi'
(Riwayat Bukhari)

pregnancy kit




Hehe saja letak gambar detik-detik bersejarah. Pagi tu lepas bagun tidur, aku minta isteriku check sebab dia da lama x datang haid. tgk je result, alhamdulillah. rezeki Allah Taala.


Firman Allah taala di dalam Surah al-Imran ayat 144 yang bermaksud: "Dan Allah akan memberi balasan kepada orang yang berterima kasih."

scan baby

Minggu-minggu akhir raya, aku dan isteriku sibuk beraya, menghabiskan sisa rumah yang belum singgah lagi. Kena datang sebab nanti apa kata mereka and at the same time boleh aku berkenalan dengan rakan2 isteriku. Haritu kami beraya di rumah pamanku di ayer keroh, melaka. jenguk si cilik sarah hehe. lepas tu dalam pukul 3 bertolak pergi port dickson, beraya di rumah exhousemate isteriku-Kak Tie.

Kak tie sudah berkahwin. punya suami yang peramah lagi penyayang. Kak tie bekerja sebagai guru manakala suaminya bekerja di politeknik sebagai pensyarah. Mudah nak cari umah depa sbb dekat dengan landmark politeknik. cume bila masuk ke perumahannya, agak pening sikit sebab nombor rumah agak berselang seli.

Mula-mula agak segan jugak, tapi tengok gaya husband kak tie bercerita, lega rasa hati. yelah, ada geng nak berborak. kalay jenis orang yang pendiam, susah nnt nak bukak mulut. borak2 sampai ke maghrib. Then, depa bukak cite pasal pregnancy. Kak Tie sudah mengandung 3 bulan. Siap tunjuk gambar scan baby mereka. Kak Tie cite sejarah preganant dia yang lama. Ini menyebabkan isteriku agak cemas sbb takut terjadi apa-apa kepada baby dalam kandungannya. Aku pun da lama x bawak pergi scan baby sejak before raya dulu. Nak tau gak apa perkembangan dia sekarang ni.

So husband kak tie suggest g klinik dr othman. katanya dr ni agak baik dan peramah. So on the way nak balik kl, singgah sat kat klinik tu. Berdebar gak huhu. Scan2, first yang aku nampak heartbeat baby. Alhamdulillah sumenya ok. Dr kata sudah terbentuk kepala and anggota badannya. Sekarang baru aku tgk isteriku sudah sedikit lega. dijangka lahir pada awal mei 2011



 “Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sabaik-baiknya. Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu(daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya” Surah Nuh (71): 17 –18

“Dari bumi(tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain” Suran Thaha (20): 55


 

Ahlan Wasahlan

Assalamualaikum.
Lama sudahku tidak menulis di blog. Blog yang lama ku tinggalkan. mahukan perubahan. Moga perubahan ini membawaku dan keluargaku ke jalan yang diredhaNya.

Namaku n**r. Baru berkahwin dengan insan yang palingku cintai bulan 4 yang lalu. Alhamdulillah, perancangan Allah sangat indah. Isteriku disahkan hamil 3 bulan. Harapanku agar bayi yang bakal lahir menjadi manusia yang berguna dan bertaqwa kepada Allah. Doaku supaya keluarga yangku bina ini kekal bahagia hingga ke syurga. Amin.




firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rum ayat 21 yang bermaksud;
  'Antara tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t ianya mencipta untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih sayang (Al-Mawaddah) dan belas kasihan (Al-Rahmah), sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda orang-orang yang berfikir'.