Saturday, April 30, 2011

cahaya mata sulung





Alhamdulillah isteriku selamat melahirkan bayi lelaki secara normal di Hospital USM Kubang Kerian pada hari Sabtu jam 6.02 pagi. Actually aku dapat kol dr isteriku, dia da pecah air ketuban mlm jumaat tu masa keluar g ziarah umah saing abah. Then malam tu kol 12 da kene masuk ke labor room sbb da bukak 3 cm.

aku masa tu tgh drive kete kt Air Keroh otw balik dr jb ke banting. huhu pecut gile aku time tu dari melaka ke banting cume amik masa kalo x silap 30-45 minit je. tekan minyak habis dekat 160 km/h. bahaya tu. sbb aku nak g airport. nak beli tiket flight malam tu kalo sempat. last2 kaunter da tutup 10minit before aku sampai. depa suh beli n queue kol 5 pg esok kalo nak dpat tiket awal pagi

then minta ayah n mak hantarkan aku g airpot jam 4 pg. plan asal aku nk terus je tido kat airpot. tapi ayah x kasi. dia kata nak hantarkan esok pagi ke airpot. lagi pun aku da teramat penat masa tu. mata pun da merah betul.

baby da lahir dulu b4 papa nye sempat sampai. cian bini aku deliver sorang. hspital tu x bagi family lain masuk except husben je yg boleh. sampai je terus g kat baby aku, cium n terus azan n iqamatkan. huhu aku da wat sehabis yg mungkin nk smpi cepat ke kb. xpe as long baby n wife aku sihat n selamat, kira alhamdulillah, syukur pada Allah. Moga kelahiran baby ini akan menambahkan bahagia kami sekeluarga amin.





p/s: Alhamdulillah syukur tak terhingga

Sunday, April 17, 2011

love




Ada 4 lilin yang menyala, Sedikit demi sedikit habis meleleh.
Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka

Yang pertama berkata: “Aku adalah Damai.”
“Namun manusia tak mampu menjagaku: maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.


Yang kedua berkata: “Aku adalah Iman.”
“Sayang aku tak berguna lagi.” “Manusia tak mahu mengenalku, untuk itulah tiada gunanya aku tetap menyala.” Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya
.

Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara: “Aku adalah Cinta.”
“Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala.”
“Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.”
“Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.” Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.


Tanpa diduga,
Seorang anak saat itu masuk ke dalam bilik, dan melihat ketiga-tiga Lilin telah padam. Kerana takut akan kegelapan itu, dia berkata: “Eh apa yang terjadi?? Kamu semua harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!” Lalu dia mengangis tersedu-sedu.


Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:
Jangan takut, Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:
“Akulah HARAPAN.”

Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita yang  mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN-nya!




p/s: Cinta dalam Islam: Cinta kepada Allah, Cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W dan para Anbia', cinta sesama muslim-ayah emak dan keluarga

Punca Kebahagiaan





Tiada apa yang nak dibuat pada hari Ahad yang aku rasa cukup bosan+buring+jemu+etc..
Tiada lain yg mampuku buat.
Tiada teman pendengar disisi
Tiada kucing peneman diri
Tiada hiburan penghibur di hati

hanya yg ada next week punya planning  ygku nampak makin hari makin berwarna-warni laksana Aurora di Alaska. there is a light at the end of the tunnel :)





 waiting that time. lagi 7 hari 2 jam 5 minit perlu ditunggu. Hopefully diberi kekuatan dalam jangka masa yg singkat tapi panjang :)

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
punca kebahagiaan. Riwayat Ibnu Hibban:


1) Isteri yang solehah
2) Jiran yang baik
3) Rumah yang luas
4) Kenderaan yang selesa

huhu ni yang berkobar-kobar nak beli kereta toyota vios ni ^O^

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

p/s: Tak salah meletakkan harapan, yang salah hanyalah harapan palsu

Saturday, April 16, 2011

Nama Baby




Huhu mentang-mentang la nak dapat anak (hehe excited tul)..g surfing nama-nama anak
Kenapa kita patut memberi nama yg baik kepada anak? Sabda Nabi Nuhammad S.A.W dari Abu Darda r.a

"Muliakanlah anak-anakmu dan baikkanlah nama-namanya.” 


" sesungguhnya kamu diseru pada hari kiamat dengan nama-namamu dan nama-namamu ayahmu, maka baikkanlah/baguskanlah nama-namamu "

dari Ibn Umar r.a, sabda Nabi Muhammad S.A.W

" nama yang paling disukai oleh Allah adalah ‘Abdullah, ‘Abdur Rahman"

Dari Abu Wahab Al-Jusyammi,Rasulullah saw bersabda :

"hendaklah kalian memberi nama dengan nama para Nabi"


Huhuhu nak bagi nama pe eh Amin? Adam? Ghazali? Ehsan? Irdina? Najwa? Adriana? Aishah Medina? Auni? Anas? Chempaka? Ariff?

pepe pun tgk la ape yg terlintas di hati tika di kamar pendaftaran hehe




p/s: Walau secantik mana pun nama diberi tapi akhlak/sifat/budi tidak menggambarkan maksud tersirat di sebalik nama...tiada gunanya juga. Langkah permulaan yg baik menamakan bayi dgn nama yg dianjurkan, tetapi biarlah disusuli langkah yg lain pula :)

  

Kenduri kendara



Minggu lepas balik kampung.
Ada kenduri. complete buat sekali kenduri kesyukuran/tahlil/keselamatan utk isteri dan baby.
Thanks kat mak n ayah yang bersusah payah wat sume ni. Nuar akan ingat sampai bila2.
Yang penting aku tau niat ayah n mak. Depa memang sangat pemurah dalam bab2 makanan ni.
Dari dulu suka belanja orang makan. Xpe mak n ayah. Biar duit habis asal pelaburan di "sana" sentiasa menimbun. Wallahualam

Ramai jugak yang datang kenduri tu. Ramai sangat. Sama macam kenduri masa nak jemput orang kampung suh datang kondangan. sedara-sedara pun ramai yang datang. jiran2 pun datang tulun. suka borak2 kat depa sambil tgk diorang wat keje kt dapur hehe. suka borak ngan wak saenah yang aku tgk sudah semakin ke penghujung usia.

Orang yang paling penat aku tgk adalah mak aku. Dialah GENERAL kat dapur. Anything yg depa wat, mesti lapor or rujuk kat mak aku dulu. Aku da paham sgt perangai mak aku kalo time2 camni. Jgn sesekali bergurau senda, malas, etc. Sebabnya dia jadi garang macam harimau. sebabnya dia penat, banyak keje kena setel. So kalo dia suh wat pepe tu, sepantas kilat aku wat hehehe. Tabik spring kat mak aku.

Malam tu makan udang masak tempoyak, asam pedas ikan pari, sayur campur, jengkol, ayam goreng, daging n cendawan masak blackpepper, etc. Tengahari tu makan pucuk ubi rebus (hehe aku suke sangat2 yg ini), ikan goreng, ayam goreng n udang tempoyak.

penat gak tolong pe yg patut. adik laki aku x balik sebab sgt2 bizi. si adik perempuan pulak sibuk ngn kawan2 dia. huhuu ape lah nak jadi ngn diaorang. hopefully suatu ari tukar la sikap. bukan selalu pun kita berkumpul sama2 wat kenduri.

credit to my sis n bro in law. dtg dari kl utk kenduri.


p/s: Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.

"Ustaz"




Salam
hehe lama x beriadah di blog yg da bersarang ni.
kene rajin-rajinkan tulis. jgn malas cam episod dulu

Alhamdulilah sekarang berdebar nak tunggu orang baru dalam hidup kami
Moga2 dikurniakan zuriat penyejuk di mata kami n nenek atuknya.

Kerja di tempat baru dalam masa 4 bulan ni, boleh dikatakan sedikit ok berbanding mula2 nak survive dulu. Skrg sibuk melampau sampai tak cukup 24 jam sehari, nak allocate waktu keje.
Bila di tempat baru, azam nak keje sungguh2 sebab da ada family dan insyaAllah ada anak nnt.
Imej di sini agak berbeza di tempat lama. Sentiasa BERSONGKOK dan BERKOPIAH. jujur dalam hati kenapa aku mendisplinkan diri aku seperti itu? kenapa tidak dengan bergaya dgn rambut yg ada? adakah disebabkan rambutku yg makin tipis dan tiada? huhu hanya aku  sahaja yg tahu hujung pangkal cerita.

Alhamduillah setakat ini ok. cume agak kekok pada permulaannya sebagai orang yg sentiasa bersongkok dan berkopiah. Tambah lagi dengan janggut aku yang makin lebat dan panjang. Pergi ofis selain bertie, berkemeja lengan panjang, berkasut kulit hitam, ditambah dengan songkok. Di luar waktu ofis, sentiasa lekat songkok putih atau "kopiah tabligh".


Huhu disebabkan keadaan aku macam ni, macam2 panggilan aku terima- cikgu/ustaz/imam muda/abg tabligh selain encik, abg dan juga pernah ada yg memanggilku pkck huhuhu. Aku tak kisah pun ape pun panggilan tapi aku sangat2 tak suka/x gemar/kurang berminat/kurang selesa jika aku dipanggil ustaz. Kenapa??

Bagiku gelaran ustaz adalah satu gelaran yang mulia. Gelaran yang x sepatutnya beri kepada mereka yang x layak. Ustaz dikenali ramai orang yg rapat dengan Allah, mempunyai ilmu akhirat yang melangit tinggi berbanding orang kebanyakan. Mereka inilah penyambung warisan urusan agama dari nabi Muhammad S.A.W.

Aku cumalah insan yang mahu memulakan hidup baru di tempat baru. Mahu berubah untuk ganjaran nikmat syurga. Bukannya berkelulusan agama yang ditauliahkan degree mahupun diploma. Masih lagi mencari ilmu agama untuk diri dan keluarga. Apa yang ada, cukup untuk membimbingku dan keluargaku dalam laluan yang betul mengikut syariatNya. Masih tidak mampu untuk menjadi seorang USTAZ. Berat rasanya hendak memikul amanah itu. Dalam hatiku, harap2 kuranglah orang memanggil aku dgn gelaran itu. cukup sekadar dengan encik sahaja

p/s: Ingat dua perkara dan lupakan dua perkara. Ingat budi/jasa orang kepada kita dan ingat kesalahan kita pada orang. Lupakan budi/sumbangan kita pada orang dan lupakan juga kesalahan orang kepada kita. Amin