Thursday, September 8, 2011

Work Load






Why we need to work? For money?Food?Things? Mmm kalo tak da kerja, moralku akan jatuh menjunam sedalam jurang Mariana, Philipines. Imej tergugat, malu, stress, bersengketa dengan bank, bermuram durja dengan Jusco Card, rajuk isteri makin kronik hari ke hari and of cos umpama kura-kura tanpa cengkerang. Paling takut hati pihak-pihak berwajib terjejas tanpa signal yang jelas. Solution: Ya Allah, dapatkanlahku kerja berkasta tinggi secepat yang mungkin agar kebahagiaan terkunci rapat di pinggangku, agar isteri dan family sentiasa melebarkan senyuman sampai ke pipi, agar HATI tidak terganggu oleh Syaitan yang direjam, agar kata-kata halus & tembakan pertanyaan "kerja apa sekarang?" dapat dipatahkan dengan sebait ayat " aku da kerja as blalalala".

Mahu tak mahu, topik pergaulan manusia akhir zaman ini berkisar ke arah kerja. Kadang2 terfikir gak, if tak de kerja, nak borak pe? takkan nak borak Filem Hantu Bonceng yang disensasikan dengan layar lara pengarahnya.

Da dapat kerja lain pula jalan ceritanya. Orang muda berlumba-lumba mencari pekerjaan dengan pulangan yang menggiurkan. Orang tua-tua pulak, hanya kepuasan dan respek yang dicari. Kadang-kadang keje tidak menjanjikan apa-apa. Faedah yang dapat hanyalah penat, pening, letih, bosan, pressure. Perasaan pun kadangkala berkecamuk bila new staff kaya dengan experience, duduk semeja. Duit gaji plak umpama kais pagi makan petang. Tiada win-win situation. Bagaimana mahu mencari solution pada permasalahan ini.

Aku tak lari dari sindrom ini. Penat da ku fikirkan solutionnya. Payah mencari kerja yang dapat bersatu dengan jiwa nurani + wang masuk yang mewah. Bila sampai ke tahap sepatutnya, lain pula cerita perjalanan kerja.

Ape yang aku cuba amalkan: Niatkan kerja yang dibuat kerana Allah. Biar kering bank di dunia tapi membuak-buak harta di Akhirat

Mahfum Firman Allah (Saba’:24)

Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?" Katakanlah: "Allah", dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.

Frasa Kehidupan





Raya sudah berlalu dua minggu. Hehe experience beraya dengan anak sulung. Sungguh mengujakan metabolisma aku. Tahun lepas berdua dengan permaisuri. Kali ni bertambah penyertaan dari candidate putera metropolitan. Alhamdulillah, moga dimurahkan rezeki hendaknya.

Hidupku tak lari dari planning yang bermacam coretan. Ada sahaja nak diplan. Memang da jadi habit sejak belajar dulu. The only problem is if my energy mencapai tahap super duper duracell, sometimes leh cecah 80% work done, but frequently cume setara 20% siap. Itu pun kerja-kerja yang "enteng" dan kerja-kerja "penyeri" catatan

Aku suka perhatikan gerak geri, percakapan, pembacaan, pendapat, pemikiran, pergaulan orang, mahupun riak wajah manusia durjana. Then, disusuli dengan gambaran, bayangan, fikiran yang kadangkala melangkaui twillight zone. But this type of thinking tidak ke arah benda-benda bersifat kepornografian. Hanya ke arah "happy life"

Terlihat peminta sedekah....terlintas di fikiran:

a) Kesiannya. Ape lah yang dia makan hari ni ek. Entah-entah cuma minum air kosong.
b) Huhu kenapa x g mendaftar di Pusat Kebajikan. Tempat tinggal ada, makan terjaga, malah soal rohani dan keagamaan pun terperlihara
c) Eh dulu pompuan ni minta sedekah dengan baby. Sekarang berpartner dengan kanak-kanak. Huhu mesti baby tu sudah transform jadi kanak-kanak. Da lama gak pompuan ni berkecimpung dalam kerjaya ini
d) Agak2nya berapa eh dia dapat dalam sehari? Huhu dia simpan x duit sedekah tu dalam ASB?
e) Nak bg duit ke taknak. Kesianlah tgk dia. Tapi kalo aku bg, org ckp aku ni nak menunjuk2 huhu. Kalo x bagi, jadi sombong dan bakhil aku ni..


Terlihat pemilik kereta besar, rumah besar, poket tebal

a) Keje ape lah agaknya mamat ni. Besar tul kete dia. Berapalah agaknya monthly payment dia
b) Tengok rupa dia. Kalo muda belia, sah ni tumpang kekayaan family dia. Kalo tua, sah dia ni mesti bos, xpun kaki kontraktor
c) Aiii nampak cam membazir je depa ni beli keta mercedes tu. Cuba kalo beli keta murah sikit cam HONDA ke or TOYOTA, duit yang lebih tu bagilah aku sikit, aku pun nak merasa pakai keta besar
d) Agak-agaknya, bilalah aku nk kaya mcm dia ni huhu. Nak salam sikit, amik aura kaya dia


Apa la pala aku fikir ni. Kadang fikiran tu menusuk kalbu sampai boleh terkeluar air dari hidung. Sometime bila fikir balik, entah pape entah aku ni fikir bukan-bukan






Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.