Monday, January 16, 2012

Pergaulan dan hati



Hatiku meronta-ronta. mahu sahaja aku memahami maksud pergaulan.
Aku mengharapkan pergualan dan hubunganku dengan makhluk bukan muhrim dapat dijaga dengan batasan-batasan yang ditetapkan oleh syarak. InsyaAllah cuba dapatkan markah A

Hari-hari aku sentiasa mendampingi student and staff. Bermacam-macam karenah, macam2 rupa, bermacam-macam pael, bermacam perangai. Tidakku nafikan aku mudah untuk bergaul dengan semua orang hatta dengan kumpulan yang bermazhab bukan muhrim. Apa yang aku harapkan, aku dapat menguasai fikiran, jiwa, nafsu dan yang paling penting hati. Pergaulan hati

 Hati memang sangat2 merbahaya bagi mereka yang tidak mampu menguasaiNya. Bahayanya bagiku umpama meletakkan pistol di hujung kepala. Kenapa?

Dengan hatilah, ia mampu mengubah apa yang tersedia dan yang akan sedia. Hati akan tercemar jika kita sengaja mewarnai dengan lumpur yang busuk.

Kerana pergualan yang tiada pegangan, batasan, lambat laun menyebabkan hati mudah terpaut, terpesona, terpikat, walaupun itu perjumpaan pertama kali. Hati akan mudah refleks dengan cara orang berpakaian, bercakap, bergerak walaupun ia pada orang pertama kali berjumpa.

Aku sentiasa berdoa, secantik mana kaum hawa, pakai tudung umpama student UIA, semanja mana seseorang itu, semolek mana akhlaknya, hatiku tetap pada yang satu-isteriku. Aku pun berharap isteriku menjejak langkah yang sama. Jangan hanya kerana berkopiah di kepala, semanis kurma di mulut, mudah hati ini terpikat pada orang yang bukan haknya...

Ya Allah, jagailah hatiku, hati keluargaku, tunjukkan hidayahmu. Amin

Harapan dan Impian




Salam

Sudah lama ku tinggalkan bersawang blog ini.
Azamku tahun ini, x mahu blog ini tercicir dalam diari kehidupan ku yang singkat

Alhamdulillah segala Puji bagiNya. Hanya Dia yang berhak atas segala pujian
Bermulanya sesi pengajaran setelah bercuti semester sebulan.
Student yang cuti, lecturer masih lagi berkerja cuma more focus on management work

Tahun ini banyak pengharapan yangku impikan.
Banyak impian yangku harapkan bernyala
Apa yang ku harapkan? Bagaimana hidupku sebelum ini?

Umurku makin meningkat, komitmen kerjaku makin menjadi2,
Kesibukanku makin melekat, kesihatanku macam yo-yo,

Hmm kadang-kadang terfikir, apakah yang akan terjadi pada hidupku di masa2 depan
Hari ini new planner ada di atas meja. Ofcos every year setiap staff akan dapat.
Belek2 punya belek, tupp planning 2013...tiba-tiba aku terfikir apakah ada lagi perjuanganku di kala itu

Tahun ini banyak benda bermain dikepala walaupun baru beberapa percent sahaja hidup di tahun 2012.
Aku mahu itu, aku mahu ini..aku hendak itu

Renungku kadang kala.....siapakah aku? apa fungsi aku? apakah aku ini somebody or nobody?
Ya Allah, jangan Kau tutup pandanganMu dari aku..

Azam dan harapan ku. Bukan mengharap 100 percent tapi at least melepasi paras setengah sudah memadai  untuk direalisasikan

1- Hidupku hanya milik Allah
2- Tingkatkan darjat dan ketakwaan. This two things sgt2 aku lalai. Entah di darjat mana aku di sisi Allah. Entah di paras mana takwaku padaNya
3. Berusaha mencari, memahami, merasai, mendalami apa itu IKHLAS. Ya Allah aku takut. Apa benar aku ikhlas padaMu?
4. Berbakti pada orang tua. Aku sangat2 syg pada orang tuaku. Apakah ada jalan lain supaya aku dapat membantu mereka dalam bermacam perkara? Hati kadangkala berdetik, jahatkah aku pada mereka?
5. Mentarbiahkan keluargaku. Mahu isteri dan anakku memahami jiwaku, hatiku
6. Membaiki kehidupan. Hidup boleh dibaiki. Hanya kemahuan yang perlu ditingkatkan. nescaya motivasi akan sama-sama memuncak
7. Mencari, memburu KERBERKATAN dalam kehidupan


Ya Allah, aku mohon hidayahMu, keberkatanMu, redhaMu dan SyurgaMu. Amin

Thursday, September 8, 2011

Work Load






Why we need to work? For money?Food?Things? Mmm kalo tak da kerja, moralku akan jatuh menjunam sedalam jurang Mariana, Philipines. Imej tergugat, malu, stress, bersengketa dengan bank, bermuram durja dengan Jusco Card, rajuk isteri makin kronik hari ke hari and of cos umpama kura-kura tanpa cengkerang. Paling takut hati pihak-pihak berwajib terjejas tanpa signal yang jelas. Solution: Ya Allah, dapatkanlahku kerja berkasta tinggi secepat yang mungkin agar kebahagiaan terkunci rapat di pinggangku, agar isteri dan family sentiasa melebarkan senyuman sampai ke pipi, agar HATI tidak terganggu oleh Syaitan yang direjam, agar kata-kata halus & tembakan pertanyaan "kerja apa sekarang?" dapat dipatahkan dengan sebait ayat " aku da kerja as blalalala".

Mahu tak mahu, topik pergaulan manusia akhir zaman ini berkisar ke arah kerja. Kadang2 terfikir gak, if tak de kerja, nak borak pe? takkan nak borak Filem Hantu Bonceng yang disensasikan dengan layar lara pengarahnya.

Da dapat kerja lain pula jalan ceritanya. Orang muda berlumba-lumba mencari pekerjaan dengan pulangan yang menggiurkan. Orang tua-tua pulak, hanya kepuasan dan respek yang dicari. Kadang-kadang keje tidak menjanjikan apa-apa. Faedah yang dapat hanyalah penat, pening, letih, bosan, pressure. Perasaan pun kadangkala berkecamuk bila new staff kaya dengan experience, duduk semeja. Duit gaji plak umpama kais pagi makan petang. Tiada win-win situation. Bagaimana mahu mencari solution pada permasalahan ini.

Aku tak lari dari sindrom ini. Penat da ku fikirkan solutionnya. Payah mencari kerja yang dapat bersatu dengan jiwa nurani + wang masuk yang mewah. Bila sampai ke tahap sepatutnya, lain pula cerita perjalanan kerja.

Ape yang aku cuba amalkan: Niatkan kerja yang dibuat kerana Allah. Biar kering bank di dunia tapi membuak-buak harta di Akhirat

Mahfum Firman Allah (Saba’:24)

Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?" Katakanlah: "Allah", dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.

Frasa Kehidupan





Raya sudah berlalu dua minggu. Hehe experience beraya dengan anak sulung. Sungguh mengujakan metabolisma aku. Tahun lepas berdua dengan permaisuri. Kali ni bertambah penyertaan dari candidate putera metropolitan. Alhamdulillah, moga dimurahkan rezeki hendaknya.

Hidupku tak lari dari planning yang bermacam coretan. Ada sahaja nak diplan. Memang da jadi habit sejak belajar dulu. The only problem is if my energy mencapai tahap super duper duracell, sometimes leh cecah 80% work done, but frequently cume setara 20% siap. Itu pun kerja-kerja yang "enteng" dan kerja-kerja "penyeri" catatan

Aku suka perhatikan gerak geri, percakapan, pembacaan, pendapat, pemikiran, pergaulan orang, mahupun riak wajah manusia durjana. Then, disusuli dengan gambaran, bayangan, fikiran yang kadangkala melangkaui twillight zone. But this type of thinking tidak ke arah benda-benda bersifat kepornografian. Hanya ke arah "happy life"

Terlihat peminta sedekah....terlintas di fikiran:

a) Kesiannya. Ape lah yang dia makan hari ni ek. Entah-entah cuma minum air kosong.
b) Huhu kenapa x g mendaftar di Pusat Kebajikan. Tempat tinggal ada, makan terjaga, malah soal rohani dan keagamaan pun terperlihara
c) Eh dulu pompuan ni minta sedekah dengan baby. Sekarang berpartner dengan kanak-kanak. Huhu mesti baby tu sudah transform jadi kanak-kanak. Da lama gak pompuan ni berkecimpung dalam kerjaya ini
d) Agak2nya berapa eh dia dapat dalam sehari? Huhu dia simpan x duit sedekah tu dalam ASB?
e) Nak bg duit ke taknak. Kesianlah tgk dia. Tapi kalo aku bg, org ckp aku ni nak menunjuk2 huhu. Kalo x bagi, jadi sombong dan bakhil aku ni..


Terlihat pemilik kereta besar, rumah besar, poket tebal

a) Keje ape lah agaknya mamat ni. Besar tul kete dia. Berapalah agaknya monthly payment dia
b) Tengok rupa dia. Kalo muda belia, sah ni tumpang kekayaan family dia. Kalo tua, sah dia ni mesti bos, xpun kaki kontraktor
c) Aiii nampak cam membazir je depa ni beli keta mercedes tu. Cuba kalo beli keta murah sikit cam HONDA ke or TOYOTA, duit yang lebih tu bagilah aku sikit, aku pun nak merasa pakai keta besar
d) Agak-agaknya, bilalah aku nk kaya mcm dia ni huhu. Nak salam sikit, amik aura kaya dia


Apa la pala aku fikir ni. Kadang fikiran tu menusuk kalbu sampai boleh terkeluar air dari hidung. Sometime bila fikir balik, entah pape entah aku ni fikir bukan-bukan






Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.

Wednesday, June 1, 2011

achievement






Pagi ni sampai awal. tidak mula buat kerja. tunggu cafe buka. perut sangat-sangat la lapar. malam tadi cuma makan kueh tiew. menghabiskan waktu sebelum masuk meeting pagi ni

Pagi ni terasa kosong. Entah tiba-tiba rasa chakra dalam diri makin menyusut. Terganggu dengan sesuatu.
Apa yang aku sudah capai dalam hidup? Adakah matlamat masih di dalam pencarian? APAKAH AKU SEPERTI AKU YANG SEBULAN DULU/ SETAHUN DULU/5 TAHUN DULU??

Jujur bagiku, matlamat hidupku sudah berubah. Aku rasa mungkin disebabkan percambahan kematangan fikiran. Ataupun sisa-sisa pengalaman yang aku kutip sedikit demi sedikit.

Dulu tanpa segan silu, aku menghebahkan pada sekalian alam, aku mahu jadi kaya/jutawan. tiada yang kurang mahupun yang lebih. Tapi bilaku fikir, renung, adakah itu sahaja matlamat hidupku?

Aku dapat rasakan hidupku mula berisi dan berwarna-warni sebaik sahajaku bertukar status sebagai suami. Aku sudah punya isteri dan Alhamdulillah punya seorang anak yang sangat comel, innocent dan membahagiakan kami. Secara spontan tahap fikiran, mental, perbuatan, pandangan, dan juga matlamat hidupku sedikit-sedikit berubah.

Dulu aku seorang yang sangat-sangat naif, tidak tegas, tidak berfikiran matang, takut menghadapi masalah, tidak berani membuat keputusan, tiada pendirian. bak kata seorang teman di tempat lama "***ar tu biasa je. dia macam hidup dalam dunia dia sendiri, blablabla" banyak pandangn tidak elokku dengar di saat ku mahu mencari teman sehidup semati. Sedih aku dengar. Biarlah orang luar mengata yang bukan-bukan tapi cukup aku menjaga beberapa perkara. Hanya family sahaja yang tahu aku ni manusia apa.

Sekarang, aku cukup menjaga pergaulan. Takut rasanya terlebih peramah. Takut rasanya tersalah kata. Aku mahu menjaga hatiku, hati isteriku dan hati familyku. Aku banyak berfikir. Aku menjadi seorang yang kuat ingat apa yang orang katakan. Kadangkala kata lain, perbuatan lain. Di situ mula wujudnya diskusi fikiran.

Hala tujuku kala ini mahu menjadi manusia lebih baik dari semalam dan hari-hari dulu. Aku mahu membahagiakan isteri, anak dan keluarga. Tiada lebih dan tiada kurang. Bagiku merekalah segala-segalanya selain Allah dan Rasul.

Phd dan Jepun. Aku jadi sangat fobia dengan dua perkataan ini. Jauh di sudut hatiku, meronta-ronta mahu menyambung pengajian phd di sana. Tapi apa yang aku sudah buat? Aku sangat-sangat cemburu kepada kawan-kawan yang dapat sambung phd, apatah lagi sambung di luar negara. Dahulu aku punya peluang, tapi aku terpaksa tolak. Satu keputusan yang aku rasa paling besar pernah ku buat dalam hidup. Kesannya, aku dikecam di pelbagai sudut ketika itu. Aku sangat-sangat down. Sangat-sangat kecewa. Sangat-sangat sedih. Malu apatah lagi. Orang banyak bertanya.."Kenapa engkau tolak, orang susah-susah nak dapat benda tu".

Kenapa aku tolak? Gila ke aku ni? BODOH ke aku ni? Masa tu macam-macam persoalan timbul dalam diri. Apakah aku sudah membuat keputusan yang betul? Familyku sendiri tertanya-tanya tindakan aku. Isteriku pun sama. Dalam hati, aku buat keputusan ini untuk masa depanku sendiri. Dari segi family, aku mahu kukuhkan hubungan kekeluargaan. Aku mahu kenal family ku sendiri, aku mahu kenal family isteriku. Aku mahu tahu everything, aku tidak dapat capai benda itu disebabkan faktor lokasi.

Dari segi career, aku tak mahu hidupku dibayangi seseorang. Aku taknak hidupku ditentukan oleh orang lain. Aku mahu buat keputusan sendiri. Buat apa yang aku mahu. Tak dapatku bayangkan, 4 tahun akan datang, aku hidup di bawah telunjuk orang lain sampai aku PENCEN. Aku juga tidak mahu diriku dijadikan perbandingan dengan rakan-rakan seangkatan. Ya, mereka hebat, mereka pandai berkomunikasi, mereka nampak alim, mereka baik....mereka..mereka. ye aku sedar siapa aku. tiada apa yang perlu dibanggakan. aku bukannya pandai berjurnal paper, bukannya pandai bermeeting2, aku bukannya pandai berkata-kata, aku bukannya ahli Jemaah...banyak lagi lah....tapi aku percaya, selagi hati mahu berubah, selagi jiwa mahu berjaya, InsyaAllah Allah sentiasa akan tolong.Hmm banyak lagi persoalan timbul. Hanya diriku sendiri tahu.

Aku tidak punya kuasa. Tsunami di Jepun bukan termasuk dalam percaturanku. Itu 100% takdir Allah. Mungkin dengn takdir Allah, Allah takdirkanku tidak jadi sambung belajar. Emakku sangat-sangat bersyurkur aku cancel ke sana padahal dialah orang yang sangat menggalakkanku ke sana dahulu. Allahu Akbar


Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin

"Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"



p/s:Ya Allah, tunjukkanlah aku di jalan yang lurus. Murahkanlah rezekiku dan keluargaku

Sunday, May 22, 2011

Seminar


 
 Last week aku ada attend seminar di JB bersama 2 orang lagi rakan sekerja. Seminar ini berkaitan dengan dunia research dan discuss about the journey of phd. Drive alone dr rumah sebab lagi 2 orang rakan sekerja aku ni go directly dr rumah masing2.

Huhu da lama tak join seminar macam ni. Last sekali masa kat universiti lama. Huhu honestly naik sedikit semangatku nak buat journal dan sambung phd. Dulu aku ada peluang buat phd, tapi aku tolak. Ye, aku sangat-sangat la rugi. Tapi bagiku semua tu ketentuan Allah bukan? if aku proceed wat phd time tu, entah macam mana keadaan aku kat sana. family? sangat-sangat rendu nanti

Seminar ini berkisar tentang step by step menjadi penulis journal yang tegar, survive, rajin, berwawasan hehe. Ada satu slot perkongsiaan perjalanan menyiapkan phd. Bagiku, seminar ini sangat bagus, memotivate balik untuk buat phd, provide network with other academicians. Tapi ada DUA benda yang aku nak share yang aku dapat dari info sana

1) Sekarang dan akan datang, jika mahu menjadi guru cemerlang, gemilang dan terbilang, dengan kata lain mencapai tahap tangga gaji maksimum, salah satu KPInya ialah guru tersebut perlu ada research paper. Huhu terkejut aku. Guru pun kena ada journal paper. Hmm tidak mustahil, pada masa depan, ia akan menjadi satu kewajipan untuk semua guru di Malaysia seperti yang telah diamalkan oleh para pensyarah

2) Berhati-hati dengan supervisor anda. Ye saya tahu, salah satu faktor penting untuk success dalam phd ialah datang dari supervisor. Jika supervisor kita ok, willing to help, motivate, dsb, InsyaAllah phd kita takde masalah. Tapi jika kita terlalu bergantung pada supervisor, tidak mustahil supervisor anda akan mengambil kesempatan. Tak kira jenis-jenis kesempatan. Tapi the worst thing, bagi candidate perempuan, berhati-hati pada supervisor lelaki. Mereka tidak teragak-agak akan mengambil kesempatan terhadap anda. Lebih-lebih lagi anda berada di dalam keadaan terdesak untuk LULUS phd. Penceramah berkongsi cerita di mana ada some supervisor mengambil kesempatan dekat studentnya. Dia ajak pergi ke Bali, dengan alasan kita perlu menghadiri proceeding. Boleh bayangkan tak, you and your supervisor? you perempuan dan supervisor lelaki. InsyaAllah akan terjadi perkara tidak diingini. Kepada para IBU BAPA, SUAMI, anda perlu berwaspada. Check dahulu seminar tersebut. Jika terpaksa pergi berdua bersama supervisor, jangan sesekali benarkan. Atau kita pergi sekali menemani anak or isteri kita.

Matlamat tidak menghalalkan cara.INGAT phd bukan segala-galanya. Dulu aku pernah mention pada blog terdahulu. Jika phd menyebabkanku terkandas dalam hidup berumah tangga, mengganggu gugat hubunganku dengan Allah, aku rela untuk FAIL phd.

p/s: Ilmu yang berguna adalah Ilmu yang boleh mengingatkan dan mendekatkan kita kepada Allah.

Saturday, May 21, 2011

Adab pergaulan

Huhu sangat-sangat hampir hilang sabar. Ya Allah ya tuhanku, berikanlahku barakah dalam kesabaran.
Pengajaran hari ini. Jangan menilai seseorang jika baru sahaja berkenalan. Hari ini terexperience dengan housemate yang baru sahaja aku kenal beberapa bulan.

Kadangkala kita cepat tertipu dengan penampilan seseorang, gaya, budi bicara, takpun perbuatan dia. Kadang-kadang jika kita nampak seseorang itu berkopiah, confirm dalam kotak fikiran kita, beranggapan orang tersebut kuat agamanya. Kadang-kadang, bila ada seseorang yang telah menolong kita, dengan cepat kita mudah "terpesona" dengan individu tersebut, sedangkan baru sahaja berkenalan. Siap boleh bertukar-tukar nombor handset. Dengan ALASAN, nak balas budi la katakan. nak belanja makan, takpun kebanyakan orang melayu buat sekarang ni, apabila sesudah orang tolong kita, kita akan memberi "saguhati" berupa duit. Hmm bagiku aku tidak bersetuju dengan "policy" tersebut. Kenapa ya?

Memang diakui, apabila orang menolong kita, selayaknya kita memberi sedikit "penghargaan", sebagai tanda terima kasih. Ada yang bagi makanan, duit dan lain-lain. Bagiku ia bukan benda yang salah malah aku pun akan berbuat benda yang sama, InsyaAllah.

Akan tetapi aku cukup-cukup tidak berkenan jika "policy" tersebut diamalkan pada orang yang salah, masa yang salah, dan tempat yang salah. Sepatutnya, amalan tersebut patut kita laksanakan pada mereka-mereka yang kita sudah kenal, orang yang kita sudah tahu sifatnya dan keadaannya. Sebagai contoh, kereta kita rosak di tepi jalan, then ada orang yang datang membantu. Selesai sahaja, dengan pantas kita menghulurkan duit pada orang tersebut sebagai tanda terima kasih. Lebih-lebih lagi bertukar-tukar nombor telefon. Bagiku ini satu adab yang tidak betul. Cuba kita fikirkan sejenak situasi di bawah:

1) orang tersebut baru saja kita kenal. dan orang tersebut telah menolong kita. tapi adakah kita tahu niat sebenar orang tersebut? tahukah kita apa yang ada dalam fikiran mereka? Sekarang ini, aku lihat, kebanyakan orang memanipulasi keadaan ini untuk tujuan yang tidak elok. Tidakkah kita sedar luasnya bahana jenayah disebabkan perkenalan "tidak rasmi" tersebut. Mencuri, merompak, pukau, sikap suka mengambil kesempatan malah boleh membawa kepada gegaran rumahtangga.

2) orang tersebut baru saja kita kenal. dan orang tersebut telah menolong kita. Then kita beri "upah" duit. dengan alasan, sebagai tanda terima kasih kita. Tidakkah sedar, kita menjatuhkan maruah kita di depan orang lain. Cuba kita imagine, kita berada di tempat orang tersebut yakni orang yang memberi pertolongan. Sehabis sahaja kita memberi pertolongan, then orang yang telah kita tolong memberi duit. Sudah tentu, kita akan berfikir, "adakah nilai pertolongan tersebut berharga seperti duit tersebut?", "apa lah orang tu, kita tolong ikhlas, tapi dikeraskan supaya menerima duit tersebut. Kita tolong bukannya nak duit". Bagaimana pula jika kita yang memberi duit dan mendapat satu pernyataan dari orang tersebut " encik, saya tolong bukannya nak duit encik. sy tolong ikhlas. baik encik sedekah kat sapa-sapa yang patut". Jujur kita akan rasa malu, rasa macam entah apa2 sedangkan niat hati ikhlas.


3) Kita mempunyai masalah. Ada orang datang membantu. dan orang tersebut merupakan orang yang kita kenal. Kita memberi hadiah, duit, makanan sebagai tanda terima kasih. Bagiku ok jika orang tersebut adalah sanak saudara kita, ada hubungan kekeluargaan dengan kita. Takpun jiran, yang kita sudah kenal lama. Bagiku x ok jika orang tersebut rakan kita, rakan sepejabat, rakan seuniversiti, lebih-lebih lagi adik angkat, abang angkat or kakak angkat. Tidakkah kita sedar kesan yang akan wujud jika terlalu kerap kita memberi "suapan" kepada mereka?. Satu, nilai KEIKHLASAN entah hilang ke mana. Dua, benda ini akan menjurus kepada nilai tidak sihat dalam perhubungan. Bayangkan jika kita sudah terbiasa memberi "suapan" selepas mereka, dan tiba-tiba pada pertolongan kali ini, kita tidak memberi apa-apa. Tidakkah mereka akan merasa pelik?. Satu lagi jika terlalu kerap memberi "suapan", akan wujud gangguan pada hati. Fikirkan jika kita kerap menolong rakan sekerja perempuan, tidakkah ada wujud perasaan aneh pada hati mereka?. Benda ini perlu dielakkan bak kata pepatah, lebih baik kita mencegah dari merawat sesuatu. Ingat bukan semua benda boleh dirawat. Jika  dapat dirawat pun, sudah tentu bekas-bekasnya masih kelihatan. betul tak?


Bagiku jalan penyelesaiannya mudah sahaja. Sekadar mengucapkan "TERIMA KASIH". Mudah, simple, tidak susah kan. Lebih afdal, jika mendoakan keselamatan mereka tanpa mereka ketahui.


Huhu bukan kita mahu bersikap taboo terhadap kenalan baru. Memang dalam Islam, kita tidak boleh berperasangka buruk dengan seseorang. Walau macamner pun keadaannya, seboleh-bolehnya elakkan berfikiran negatif. Tetapi secara realitinya, SELAMATKAH hidup kita sekarang?



p/s: Ya Allah, sucikan hati kami, bersihkan hati kami, suburkanlah hati-hati kami dengan sifat mahmudah. Lembutkanlah hati kami dalam mengerjakan suruhanMu. Hindarilah hati kami dari bahaya fitnah yang dasyat