Wednesday, June 1, 2011

achievement






Pagi ni sampai awal. tidak mula buat kerja. tunggu cafe buka. perut sangat-sangat la lapar. malam tadi cuma makan kueh tiew. menghabiskan waktu sebelum masuk meeting pagi ni

Pagi ni terasa kosong. Entah tiba-tiba rasa chakra dalam diri makin menyusut. Terganggu dengan sesuatu.
Apa yang aku sudah capai dalam hidup? Adakah matlamat masih di dalam pencarian? APAKAH AKU SEPERTI AKU YANG SEBULAN DULU/ SETAHUN DULU/5 TAHUN DULU??

Jujur bagiku, matlamat hidupku sudah berubah. Aku rasa mungkin disebabkan percambahan kematangan fikiran. Ataupun sisa-sisa pengalaman yang aku kutip sedikit demi sedikit.

Dulu tanpa segan silu, aku menghebahkan pada sekalian alam, aku mahu jadi kaya/jutawan. tiada yang kurang mahupun yang lebih. Tapi bilaku fikir, renung, adakah itu sahaja matlamat hidupku?

Aku dapat rasakan hidupku mula berisi dan berwarna-warni sebaik sahajaku bertukar status sebagai suami. Aku sudah punya isteri dan Alhamdulillah punya seorang anak yang sangat comel, innocent dan membahagiakan kami. Secara spontan tahap fikiran, mental, perbuatan, pandangan, dan juga matlamat hidupku sedikit-sedikit berubah.

Dulu aku seorang yang sangat-sangat naif, tidak tegas, tidak berfikiran matang, takut menghadapi masalah, tidak berani membuat keputusan, tiada pendirian. bak kata seorang teman di tempat lama "***ar tu biasa je. dia macam hidup dalam dunia dia sendiri, blablabla" banyak pandangn tidak elokku dengar di saat ku mahu mencari teman sehidup semati. Sedih aku dengar. Biarlah orang luar mengata yang bukan-bukan tapi cukup aku menjaga beberapa perkara. Hanya family sahaja yang tahu aku ni manusia apa.

Sekarang, aku cukup menjaga pergaulan. Takut rasanya terlebih peramah. Takut rasanya tersalah kata. Aku mahu menjaga hatiku, hati isteriku dan hati familyku. Aku banyak berfikir. Aku menjadi seorang yang kuat ingat apa yang orang katakan. Kadangkala kata lain, perbuatan lain. Di situ mula wujudnya diskusi fikiran.

Hala tujuku kala ini mahu menjadi manusia lebih baik dari semalam dan hari-hari dulu. Aku mahu membahagiakan isteri, anak dan keluarga. Tiada lebih dan tiada kurang. Bagiku merekalah segala-segalanya selain Allah dan Rasul.

Phd dan Jepun. Aku jadi sangat fobia dengan dua perkataan ini. Jauh di sudut hatiku, meronta-ronta mahu menyambung pengajian phd di sana. Tapi apa yang aku sudah buat? Aku sangat-sangat cemburu kepada kawan-kawan yang dapat sambung phd, apatah lagi sambung di luar negara. Dahulu aku punya peluang, tapi aku terpaksa tolak. Satu keputusan yang aku rasa paling besar pernah ku buat dalam hidup. Kesannya, aku dikecam di pelbagai sudut ketika itu. Aku sangat-sangat down. Sangat-sangat kecewa. Sangat-sangat sedih. Malu apatah lagi. Orang banyak bertanya.."Kenapa engkau tolak, orang susah-susah nak dapat benda tu".

Kenapa aku tolak? Gila ke aku ni? BODOH ke aku ni? Masa tu macam-macam persoalan timbul dalam diri. Apakah aku sudah membuat keputusan yang betul? Familyku sendiri tertanya-tanya tindakan aku. Isteriku pun sama. Dalam hati, aku buat keputusan ini untuk masa depanku sendiri. Dari segi family, aku mahu kukuhkan hubungan kekeluargaan. Aku mahu kenal family ku sendiri, aku mahu kenal family isteriku. Aku mahu tahu everything, aku tidak dapat capai benda itu disebabkan faktor lokasi.

Dari segi career, aku tak mahu hidupku dibayangi seseorang. Aku taknak hidupku ditentukan oleh orang lain. Aku mahu buat keputusan sendiri. Buat apa yang aku mahu. Tak dapatku bayangkan, 4 tahun akan datang, aku hidup di bawah telunjuk orang lain sampai aku PENCEN. Aku juga tidak mahu diriku dijadikan perbandingan dengan rakan-rakan seangkatan. Ya, mereka hebat, mereka pandai berkomunikasi, mereka nampak alim, mereka baik....mereka..mereka. ye aku sedar siapa aku. tiada apa yang perlu dibanggakan. aku bukannya pandai berjurnal paper, bukannya pandai bermeeting2, aku bukannya pandai berkata-kata, aku bukannya ahli Jemaah...banyak lagi lah....tapi aku percaya, selagi hati mahu berubah, selagi jiwa mahu berjaya, InsyaAllah Allah sentiasa akan tolong.Hmm banyak lagi persoalan timbul. Hanya diriku sendiri tahu.

Aku tidak punya kuasa. Tsunami di Jepun bukan termasuk dalam percaturanku. Itu 100% takdir Allah. Mungkin dengn takdir Allah, Allah takdirkanku tidak jadi sambung belajar. Emakku sangat-sangat bersyurkur aku cancel ke sana padahal dialah orang yang sangat menggalakkanku ke sana dahulu. Allahu Akbar


Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin

"Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"



p/s:Ya Allah, tunjukkanlah aku di jalan yang lurus. Murahkanlah rezekiku dan keluargaku