Sunday, May 22, 2011

Seminar


 
 Last week aku ada attend seminar di JB bersama 2 orang lagi rakan sekerja. Seminar ini berkaitan dengan dunia research dan discuss about the journey of phd. Drive alone dr rumah sebab lagi 2 orang rakan sekerja aku ni go directly dr rumah masing2.

Huhu da lama tak join seminar macam ni. Last sekali masa kat universiti lama. Huhu honestly naik sedikit semangatku nak buat journal dan sambung phd. Dulu aku ada peluang buat phd, tapi aku tolak. Ye, aku sangat-sangat la rugi. Tapi bagiku semua tu ketentuan Allah bukan? if aku proceed wat phd time tu, entah macam mana keadaan aku kat sana. family? sangat-sangat rendu nanti

Seminar ini berkisar tentang step by step menjadi penulis journal yang tegar, survive, rajin, berwawasan hehe. Ada satu slot perkongsiaan perjalanan menyiapkan phd. Bagiku, seminar ini sangat bagus, memotivate balik untuk buat phd, provide network with other academicians. Tapi ada DUA benda yang aku nak share yang aku dapat dari info sana

1) Sekarang dan akan datang, jika mahu menjadi guru cemerlang, gemilang dan terbilang, dengan kata lain mencapai tahap tangga gaji maksimum, salah satu KPInya ialah guru tersebut perlu ada research paper. Huhu terkejut aku. Guru pun kena ada journal paper. Hmm tidak mustahil, pada masa depan, ia akan menjadi satu kewajipan untuk semua guru di Malaysia seperti yang telah diamalkan oleh para pensyarah

2) Berhati-hati dengan supervisor anda. Ye saya tahu, salah satu faktor penting untuk success dalam phd ialah datang dari supervisor. Jika supervisor kita ok, willing to help, motivate, dsb, InsyaAllah phd kita takde masalah. Tapi jika kita terlalu bergantung pada supervisor, tidak mustahil supervisor anda akan mengambil kesempatan. Tak kira jenis-jenis kesempatan. Tapi the worst thing, bagi candidate perempuan, berhati-hati pada supervisor lelaki. Mereka tidak teragak-agak akan mengambil kesempatan terhadap anda. Lebih-lebih lagi anda berada di dalam keadaan terdesak untuk LULUS phd. Penceramah berkongsi cerita di mana ada some supervisor mengambil kesempatan dekat studentnya. Dia ajak pergi ke Bali, dengan alasan kita perlu menghadiri proceeding. Boleh bayangkan tak, you and your supervisor? you perempuan dan supervisor lelaki. InsyaAllah akan terjadi perkara tidak diingini. Kepada para IBU BAPA, SUAMI, anda perlu berwaspada. Check dahulu seminar tersebut. Jika terpaksa pergi berdua bersama supervisor, jangan sesekali benarkan. Atau kita pergi sekali menemani anak or isteri kita.

Matlamat tidak menghalalkan cara.INGAT phd bukan segala-galanya. Dulu aku pernah mention pada blog terdahulu. Jika phd menyebabkanku terkandas dalam hidup berumah tangga, mengganggu gugat hubunganku dengan Allah, aku rela untuk FAIL phd.

p/s: Ilmu yang berguna adalah Ilmu yang boleh mengingatkan dan mendekatkan kita kepada Allah.

Saturday, May 21, 2011

Adab pergaulan

Huhu sangat-sangat hampir hilang sabar. Ya Allah ya tuhanku, berikanlahku barakah dalam kesabaran.
Pengajaran hari ini. Jangan menilai seseorang jika baru sahaja berkenalan. Hari ini terexperience dengan housemate yang baru sahaja aku kenal beberapa bulan.

Kadangkala kita cepat tertipu dengan penampilan seseorang, gaya, budi bicara, takpun perbuatan dia. Kadang-kadang jika kita nampak seseorang itu berkopiah, confirm dalam kotak fikiran kita, beranggapan orang tersebut kuat agamanya. Kadang-kadang, bila ada seseorang yang telah menolong kita, dengan cepat kita mudah "terpesona" dengan individu tersebut, sedangkan baru sahaja berkenalan. Siap boleh bertukar-tukar nombor handset. Dengan ALASAN, nak balas budi la katakan. nak belanja makan, takpun kebanyakan orang melayu buat sekarang ni, apabila sesudah orang tolong kita, kita akan memberi "saguhati" berupa duit. Hmm bagiku aku tidak bersetuju dengan "policy" tersebut. Kenapa ya?

Memang diakui, apabila orang menolong kita, selayaknya kita memberi sedikit "penghargaan", sebagai tanda terima kasih. Ada yang bagi makanan, duit dan lain-lain. Bagiku ia bukan benda yang salah malah aku pun akan berbuat benda yang sama, InsyaAllah.

Akan tetapi aku cukup-cukup tidak berkenan jika "policy" tersebut diamalkan pada orang yang salah, masa yang salah, dan tempat yang salah. Sepatutnya, amalan tersebut patut kita laksanakan pada mereka-mereka yang kita sudah kenal, orang yang kita sudah tahu sifatnya dan keadaannya. Sebagai contoh, kereta kita rosak di tepi jalan, then ada orang yang datang membantu. Selesai sahaja, dengan pantas kita menghulurkan duit pada orang tersebut sebagai tanda terima kasih. Lebih-lebih lagi bertukar-tukar nombor telefon. Bagiku ini satu adab yang tidak betul. Cuba kita fikirkan sejenak situasi di bawah:

1) orang tersebut baru saja kita kenal. dan orang tersebut telah menolong kita. tapi adakah kita tahu niat sebenar orang tersebut? tahukah kita apa yang ada dalam fikiran mereka? Sekarang ini, aku lihat, kebanyakan orang memanipulasi keadaan ini untuk tujuan yang tidak elok. Tidakkah kita sedar luasnya bahana jenayah disebabkan perkenalan "tidak rasmi" tersebut. Mencuri, merompak, pukau, sikap suka mengambil kesempatan malah boleh membawa kepada gegaran rumahtangga.

2) orang tersebut baru saja kita kenal. dan orang tersebut telah menolong kita. Then kita beri "upah" duit. dengan alasan, sebagai tanda terima kasih kita. Tidakkah sedar, kita menjatuhkan maruah kita di depan orang lain. Cuba kita imagine, kita berada di tempat orang tersebut yakni orang yang memberi pertolongan. Sehabis sahaja kita memberi pertolongan, then orang yang telah kita tolong memberi duit. Sudah tentu, kita akan berfikir, "adakah nilai pertolongan tersebut berharga seperti duit tersebut?", "apa lah orang tu, kita tolong ikhlas, tapi dikeraskan supaya menerima duit tersebut. Kita tolong bukannya nak duit". Bagaimana pula jika kita yang memberi duit dan mendapat satu pernyataan dari orang tersebut " encik, saya tolong bukannya nak duit encik. sy tolong ikhlas. baik encik sedekah kat sapa-sapa yang patut". Jujur kita akan rasa malu, rasa macam entah apa2 sedangkan niat hati ikhlas.


3) Kita mempunyai masalah. Ada orang datang membantu. dan orang tersebut merupakan orang yang kita kenal. Kita memberi hadiah, duit, makanan sebagai tanda terima kasih. Bagiku ok jika orang tersebut adalah sanak saudara kita, ada hubungan kekeluargaan dengan kita. Takpun jiran, yang kita sudah kenal lama. Bagiku x ok jika orang tersebut rakan kita, rakan sepejabat, rakan seuniversiti, lebih-lebih lagi adik angkat, abang angkat or kakak angkat. Tidakkah kita sedar kesan yang akan wujud jika terlalu kerap kita memberi "suapan" kepada mereka?. Satu, nilai KEIKHLASAN entah hilang ke mana. Dua, benda ini akan menjurus kepada nilai tidak sihat dalam perhubungan. Bayangkan jika kita sudah terbiasa memberi "suapan" selepas mereka, dan tiba-tiba pada pertolongan kali ini, kita tidak memberi apa-apa. Tidakkah mereka akan merasa pelik?. Satu lagi jika terlalu kerap memberi "suapan", akan wujud gangguan pada hati. Fikirkan jika kita kerap menolong rakan sekerja perempuan, tidakkah ada wujud perasaan aneh pada hati mereka?. Benda ini perlu dielakkan bak kata pepatah, lebih baik kita mencegah dari merawat sesuatu. Ingat bukan semua benda boleh dirawat. Jika  dapat dirawat pun, sudah tentu bekas-bekasnya masih kelihatan. betul tak?


Bagiku jalan penyelesaiannya mudah sahaja. Sekadar mengucapkan "TERIMA KASIH". Mudah, simple, tidak susah kan. Lebih afdal, jika mendoakan keselamatan mereka tanpa mereka ketahui.


Huhu bukan kita mahu bersikap taboo terhadap kenalan baru. Memang dalam Islam, kita tidak boleh berperasangka buruk dengan seseorang. Walau macamner pun keadaannya, seboleh-bolehnya elakkan berfikiran negatif. Tetapi secara realitinya, SELAMATKAH hidup kita sekarang?



p/s: Ya Allah, sucikan hati kami, bersihkan hati kami, suburkanlah hati-hati kami dengan sifat mahmudah. Lembutkanlah hati kami dalam mengerjakan suruhanMu. Hindarilah hati kami dari bahaya fitnah yang dasyat

Tuesday, May 17, 2011

Meeting by org kl




Semalam orang besar dari kl dtg. Dia nak tengok perkembangan di sini dan give some inputs kepada staf.
Huhu lately i like to see and judge how the big boss give speech, interact, communicate and motivate his staff.
Apa yang aku boleh katakan he gots karisma, ego, bijak, accurate, ready to be condemned. Input yang diberi pun sangat relevant. Easy to capture and think back

Btw i'm dont want to discuss more on that particular meeting but likely want to share some inputs which had "buzzz" me. He said, everything we do, we decide, we plan, make sure put the "Agama" as our priority and put it in the highest level. Tak salah nak merancang any big impact plan, income, but make sure your basic knowledge on agama still terjaga. He told us that almost 70 % the students is not PRAY. hmmm. Dia minta sangat kepada para  pensyarah bukan sahaja mengajar dan mendidik, tetapi menyuburkan kembali nilai-nilai agama dalam setiap pelajar.

Antara contoh yang beliau cadangkan supaya menggalakkan solat subuh berjemaah, give tazkirah (done already), aktiviti akikah or korban bersama dan cadangan yang paling last, jadikan surau di universiti ini sebagai masjid. One of the staff ask about the permanent Imam which can give kuliah agama, ceramah and anything. He said YOU CAN BE IMAM. what???????? suddenly all the lecturers start looking to each other. He said, all lecturer especially male lecturer must have basic knowledge how to give ceramah, conduct Khutbah and solat Jumaat. He wants his staff can be Imam and Bilal. He willing to send us to attend any course. Ask pejabat Agama give training to us.

Hmm tarik nafasku seketika. Dari buring duk dalam bilik meeting terus jadi segar bugar. Bagiku cadangan beliau tiada masalah and tiada cacat celanya. Memang seorang lelaki must capable to become Imam but Imam yang ada ilmu. Alhamdulillah terselit juga CEO universiti yang cenderung ke arah agama.

Kadangkala terfikirku seketika. Penghijrahanku ke universiti ini banyak sangat memberi kesan positif pada diriku.  Adakah kerana aku bersongkok? hhmmm. Btw syukur bagiku. Sekurang-kurang aku akan lebih dekat padaNya. ni satu lagi, tak pernah terbayang dalam hidupku memberi Khutbah Jumaat. Bagiku mudah sahaja. Perkara bersifat agama, lebih baik diberi kepada mereka yang benar-benar arif tentang agama. Jikalau terpaksa, barulah aku akan cuba memberi sumbangan. Itupun jika aku benar-benar BERSEDIA.

p/s:

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Ilmu yang menjadi asas (bagi ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh agama) adalah tiga dan yang lain dari itu adalah ilmu yang lebih;  - ilmu-ilmu yang tiga itu ialah: Ayat Al-Qur'an yang terang nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya; atau "Sunnah" (hadis) yang sah datangnya dari Rasulullah s.a.w., yang tetap kekal atau ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang (dengan kehendak kitab Allah dan sunnah RasulNya)"
( Abu Daud dan Ibnu Majah)

Kuliah Subuh 15/5



Kuliah subuh Sabtu 14/5, tak dapat tangkap sangat. Sebab ustaz tu cakap laju sangat macam F1. ternganga seketika. Tazkirah dia menarik cuma laju sangat. Sampai nampak x cukup nafas. Huhu next time kalo ustaz tu bagi tazkirah lagi, nak minta dia slowkan sikit. Kasi semua clear

Ringkasan tentang kuliah subuh Ahad 15/5. Huhu kuliah pagi Ahad tu disampaikan tok Imam masjid sini. Sangat clear dan nampak pengalaman dia dalam menyampaikan ilmu. Kena banyak belajar dar
Tak bawak nota tapi still boleh ingat sikit-sikit je. Next time nak bawak nota kecil. Sharing is caring

Kuliah mengenai nama-nama Allah yg 99. Al-Rauf. Banyak ayat Al-Quran mengandungi ayat Ar-Rauf. Maknanya Maha Pengasih. Allah sangat-sangat bersifat pengasih kepada manusia. Jika tidak sudah tentu kita sudah menjadi seperti Kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Hud (A'ad), kaum Nabi Salleh (Tsamud), kaum Nabi Lut (Sadom), kaum Nabi Syu'ib (Madyan), Firaun dan lain-lain. kerana apa ya Allah tidak balas umat sekarang seperti umat terdahulu sedangkan sudah terang-terang zaman sekarang banyak berlaku kejahatan, maksiat, pembunuhan..malah lebih dasyat dari apa yang telah umat terdahulu buat. Sebagai contoh Firaun cuma membunuh bayi-bayi lelaki, tetapi sekarang tak kira, bayi lelaki ke, perempuan, semua dibuang dan dibunuh.

Ini kerana Nabi Muhammad SAW pernah berdoa kepada Allah untuk kaum Taif supaya menangguhkan pembalasan di dunia. Hanya akan diseksa di akhirat. Akan tetapi ada perkara yang Allah tetap akan memberi azab tanpa menunggu tibanya hari kiamat. Apakah perkara itu? hehe tak ingat plak. Hari tu ingat sungguh. Apa-apa pun, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW atas jasanya yang terhingga. Moga diberi syafaat kelak. Amin

Monday, May 16, 2011

Entiti

  
Entiti bernama hantu ini memang akan mewujudkan perasaan cemas, takut, gementar dsb.
Huhu nasib tidak baik, rumah yang aku duduki minggu lepas dikunjungi entiti tersebut.

"Ya Allah, Engkau lindungilah aku dari gangguan jin dan syaitan"


p/s: Kenapa perlunya makhluk bernama syaitan/jin dalam salah satu ciptaan Allah? Mendisplinkan diri manusia. Tiada mereka, manusia sendiri akan jadi syaitan ataupun jin

Selamat Hari Guru



Selamat hari guru buat semua guru satu Malaysia.
Moga dengan adanya sambutan ini, akan meningkatkan lagi profession guru seadanya.
Lagi cantik sekiranya ilmu yang disampaikan oleh guru-guru diniatkan kerana Allah swt supaya mendapat pahala yang berterusan. Amin

p/s: Segala perbuatan/perkara yang dilakukan perlulah diiringi dengan niat. Niat yang baik menjemput kebaikan. Niat yang buruk mengundang kerugian.

Peranan Suami

 “Wahai orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu (berhala)…”, 
Firman Allah dalam Surah al-Tahrim ayat 6.


Salam. Entri kali ini mungkin berkisar mengenai rumah tangga.
Duduk sorang-sorang membuatkan aku rasa tidak selesa, sunyi dan letih tanpa isteri dan anak disisi. Aku sentiasa berdoa moga hari itu cepatlah sampai. Hari dimana kami akan kembali duduk bersama. Tidak sabar rasanya mahu merasai aura family macam ketika dulu.

Hujung minggu bagiku tiada cahaya walaupun kat luar panas sangatlah terik. Surfing internet awam, mencari bahan-bahan yang bolehku baca. Azam mahu kurangkan berfacebook. Berfacebook hanya mahu tahu cerita family sahaja. kurangkan perkara kurang baik, elakkan berkongsi cerita peribadi dengan rakan especially berlainan jantina. Elakkan berkomen-komen, bermessage2 hal-hal berbahaya. Niat hanyalah mahu menjaga hati dari perasaan kurang enak. Mengelak lebih baik dari merawat. Satu bidalan pernah menyebut,

"jagalah hati kita dengan sebaik mungkin. Kerana jika hati kita terpelihara dan terjaga, InsyaAllah semua benda sekeliling kita akan terjaga dan terhindar dari benda kurang baik"


Tutup cerita facebook itu. Disebabkan sudah berkeluarga, sudah ada anak, so my view berkembang kepada hal-hal berkaitan keibubapaan. Apa sahaja ilmu tentangnya, insyaAllah aku akan cuba cari, baca, tanya dan amalkan. Entri kali ini, aku nak summerize sedikit sebanyak tentang peranan seorang suami mengikut my persepsi.

1) Ibadah, agama

Tidak dinafikan, peranan inilah yang penting, ibu segala peranan. Seorang suami haruslah menerapkan gaya hidup yang bersyariat, berlandaskan Hadis, berpandukan Al-Quran. Wajib bagi seorang suami untuk mendidik, membimbing, membentuk isterinya terutama dalam bidang agama. Ajak solat berjemaah, mengajar Al-Quran, betul ke tidak sebutan, makhraj mahupun hukum hakam bertajwid. Biasakan bersedekah dan rajin membawa isteri dan keluarga ke majlis-majlis agama. Jika sekiranya suami tiada mempunyai asas agama yang kukuh, tak jadi masalah. Di sinilah pentingnya peranan isteri untuk sama-sama membentuk agama. Di Malaysia, banyak sangat kelas-kelas Fardhu Ain, Fardhu Kifayah, kelas Al-Quran. Terpulang kepada kemahuan dan niat masing-masing. Alhamdulillah sekiranya, prosess pembelajaran, pencarian ilmu ini berterusan tanpa jemu, tidak terhenti di sesuatu level. Suami juga berhak untuk menegur, marah, malahan memukul dengan seadanya sekiranya tanggungjawab agama tidak dijaga oleh isteri.

InsyAllah aku akan sedaya upaya meningkatkan pengetahuan sebanyak mungkin. Biarlah aku bertatih sedikit demi sedikit, dari tiada langsung usaha untuk mengubah keadaan.


2) Tanggungjawab

Si suami sudah sedia maklum wajib menyediakan makan minum yang mencukupi, tempat tinggal yang selesa dan pakaian yang baik buat si isteri. Di sini pentingnya komunikasi dua hala antara kedua-duanya. Hidup sekarang ini sangat-sangat memerlukan belanja yang banyak. Bagaimana jika gaji suami tidak dapat cover all the things? Di sini peranan isteri sangat-sangat berguna. Isteri boleh membantu suami dalam pengurusan kos. Tiada masalah sekiranya si suami meminta izin dari isterinya terlebih dahulu.

Tanggungjawab keizinan, suatu benda yang perlu ditegaskan di sini. Kenapa Islam menitik beratkan, perlunya si isteri memohon keizinan dari suami dalam banyak hal? Salah satu jawapan yang boleh diambil kira adalah bagi mengelakkan sebarang fitnah mahupun maksiat. Tetapi apa kena mengena fitnah dan juga maksiat dengan kata kunci keizinan? Izin suami adalah suatu kunci dimana si isteri boleh melakukan sesuatu perkara yang mana perkara tersebut sudah mengandungi kebenaran dan redha suami. Apabila suami izin, InsyaAllah  secara automatik sifat redha akan tersedia buat si isteri. Izinnya suami perlu menitik beratkan kepada implikasi, kesan sesuatu perkara. Adakah perkara yang dihajati oleh si isteri akan mengundang fitnah, maksiat?. Allah mengurniakan lelaki akal fikiran yang jauh lebih baik berbanding sifat emosi yang dipelopori oleh si isteri. Dengan akal ini, suami boleh menilai dengan baik, dan berhak untuk memberi keizinan atau tidak kepada isteri. InsyaAllah, isteri yang solehah akan patuh kepada arahan suami. 

Nafkah batin tidak terkecuali, perlu diambil perhatian oleh suami mahupun si isteri. Nafkah  batin perlu dijaga tanpa adanya ketidakadilan dari sebelah pihak. Si suami perlu memahami keadaan dan psikologi isteri ketika itu. Adakah si isteri bersedia? Perlu adanya sikap bertolak ansur, belas kasihan dan memahami keadaan isteri. Si suami tidak boleh bersikap pentingkan diri sendiri. InsyaAllah, segala kesabaran akan disusuli dengan nikmat yang berganda.

Firman Allah yang bermaksud: " Isterimu itu adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian mereka" (Surah Al-Baqarah ayat 187)


3) Emosi dan perasaan

Sudah sedia termaktub, lelaki mempunyai 9 akal 1 emosi. Manakala perempuan adalah sebaliknya. Si suami perlu menggunakan akal dalam membuat sesuatu perkara tanpa adanya anasir emosi. Si isteri kebiasaannya menitikberatkan soal emosi dalam sesuatu perkara. Di sini indahnya Islam itu sendiri. Suami dan isteri saling melengkapi antara satu sama lain. Suami perlu bijak dalam mengawal emosi sendiri mahu pun emosi isteri. Emosi selalu dikaitkan dengan musibah. Kita sebagai khadam Allah, tidak lari dari sebarang musibah. Masing-masing mempunyai cara atau pendekatan yang berbeza dalam menangani musibah. Si isteri selalu akan mengekpresikan musibah itu dengan emosi yang berbagai. Sebagai contoh, jika ada ahli terdekat dilanda musibah. Secara realitinya si isteri akan menangis dan beremosi sesungguhnya. Tidak boleh disalahkan kerana sudah dahulu lagi sikap perempuan memang begitu. 

Akan tetapi, dalam keadaan seperti itu, perlukah suami beremosi sekali seperti isteri. Sudah tentunya tidak. Malah perlu dijauhkan sama sekali. Suami perlu berperanan mententeramkan perasaan/emosi isteri. Gunakan akal. Biarkan si isteri melayani perasaannya terlebih dahulu. Apabila keadaan sudah tenang, InsyaAllah peranan suami akan lebih menunjukkan kesan yang diharapkan.

Cemburu. Pernahkah kita terfikir kenapa Allah perlu mewujudkan perasaan cemburu di kalangan isteri mahu pun suami? Mudah sahaja jawapannya. Sifat cemburu memang ada gunanya. Percayalah, dengan sikap cemburulah akan muncul sifat disiplin, kasih sayang mahupun sifat mengambil berat dalam mendidik keluarga. Itu pun jika sifat cemburu itu tidak keterlaluan. Sifat cemburu sangat perlu ada dalam diri setiap suami. 

Adakah dengan membiarkan si isteri bermesra-mesra, bergurau senda, berkongsi cerita peribadi mahupun keluar dengan lelaki yang bukan muhrim akan menunjukkan ke"gentleman" seorang suami? Tidak, sesungguhnya sikap itu akan membuka pintu NERAKA seluas-luasnya buat keduanya. Kerana apa? kerana sikap isteri tersebut lambat laun akan mengundang maksiat. Paling ditakuti, hati si isteri akan tergugat. Perempuan kan hatinya sangat lemah. Mudah terpedaya dengan pandangan mata. Hal ini juga menyebabkan si suami mendapat title DAYUS. Tempat di Akhirat kelak, tidak lain, hanyalah Neraka.

Kebanyakan isteri akan berkata " suami aku tak kata apa-apa pun", "alah hati dia keras, tak adanya nak cemburu-cemburu ni". Ingat wahai isteri, Diam suami bukan bererti suami merelakan segala perbuatan anda. Adakah anda tahu apa yang ada di kotak fikiran suami atau pun di dalam hati suami, jika si isteri suka bermesra dengan lelaki yang BUKAN AJNABI?


 4) Pergaulan

Pergaulan adalah satu perkara yang sangat perlu si suami ambil berat. Tidak sama tahap pergaulan seorang lelaki bujang mahupun lelaki yang sudah berkahwin. Sama seperti si isteri. Adakah si isteri perlu bersikap seperti anak dara sedang dia sudah ada suami?. Aku ambil contoh dari situasi-situasi tertentu.

- Si suami keluar berdua lunch dengan rakan sekerja perempuan. Berdua-duaan. Sama juga dengan si isteri keluar dengan rakan sekerja lelaki, makan bersama, atas alasan, tiada teman untuk makan.
-Si suami outstation dengan rakan sekerja perempuan. Sama juga si isteri kerap outstation dengan rakan sekerja lelaki, atas alasan KERJA.
-Si suami selalu berkongsi cerita dengan rakan perempuan. Si isteri juga suka sangat berkongsi cerita, meluahkan perasaan kepada manusia berlainan jantina.
- Si suami suka bergurau senda/bertanya khabar dengan rakan perempuan. Si isteri juga sangat suka bergurau senda atau berborak-borak dengan lelaki bukan mukhrim dengan alasan sudah lama tak jumpa atau dia kawan baik masa di sekolah/universiti.

Huhu banyak lagi boleh dijadikan contoh. Cuma mengambil cebisan cerita. Adakah kita tidak sedar perbuatan di atas akan menjemput makhluk bernama Syaitan untuk join sekali. InsyaAllah perkara di atas lambat laun akan mewujudkan satu perasaan yang tidak elok di HATI si suami mahupun si isteri. Hati suami sepatutnya milik si isteri, Hati si isteri sememangnya milik suami. Tetapi bila keadaan itu berlaku, adakah ia akan mengganggu pemilik hati itu?

Si suami perlu mengelak dari terlibat dalam mana-mana situasi di atas. Sama juga si isteri. Buang sikap OVER PERAMAH, suka sangat berkongsi cerita baik buruk, suka duka, manis pahit kepada kawan berlainan jantina. Ingat JAUHKAN sama sekali. InsyaAllah jika kita sudah boleh untuk katakan "TIDAK" dengan alasan mahu menjaga sakinah mawaddah warahmah, Allah sentiasa akan membantu kita.


"Wahai tuhan kami, kurniakanlah pada kami dari pasangan kami serta zuriat kami ketenangan/ketenteraman, dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertaqwa"

Monday, May 9, 2011

Anugerah Allah

huhu papa rindukan adam. jgn nakal2 kat umah. jaga mama molek2. jgn wat dia marah k. love u both