Thursday, September 8, 2011

Work Load






Why we need to work? For money?Food?Things? Mmm kalo tak da kerja, moralku akan jatuh menjunam sedalam jurang Mariana, Philipines. Imej tergugat, malu, stress, bersengketa dengan bank, bermuram durja dengan Jusco Card, rajuk isteri makin kronik hari ke hari and of cos umpama kura-kura tanpa cengkerang. Paling takut hati pihak-pihak berwajib terjejas tanpa signal yang jelas. Solution: Ya Allah, dapatkanlahku kerja berkasta tinggi secepat yang mungkin agar kebahagiaan terkunci rapat di pinggangku, agar isteri dan family sentiasa melebarkan senyuman sampai ke pipi, agar HATI tidak terganggu oleh Syaitan yang direjam, agar kata-kata halus & tembakan pertanyaan "kerja apa sekarang?" dapat dipatahkan dengan sebait ayat " aku da kerja as blalalala".

Mahu tak mahu, topik pergaulan manusia akhir zaman ini berkisar ke arah kerja. Kadang2 terfikir gak, if tak de kerja, nak borak pe? takkan nak borak Filem Hantu Bonceng yang disensasikan dengan layar lara pengarahnya.

Da dapat kerja lain pula jalan ceritanya. Orang muda berlumba-lumba mencari pekerjaan dengan pulangan yang menggiurkan. Orang tua-tua pulak, hanya kepuasan dan respek yang dicari. Kadang-kadang keje tidak menjanjikan apa-apa. Faedah yang dapat hanyalah penat, pening, letih, bosan, pressure. Perasaan pun kadangkala berkecamuk bila new staff kaya dengan experience, duduk semeja. Duit gaji plak umpama kais pagi makan petang. Tiada win-win situation. Bagaimana mahu mencari solution pada permasalahan ini.

Aku tak lari dari sindrom ini. Penat da ku fikirkan solutionnya. Payah mencari kerja yang dapat bersatu dengan jiwa nurani + wang masuk yang mewah. Bila sampai ke tahap sepatutnya, lain pula cerita perjalanan kerja.

Ape yang aku cuba amalkan: Niatkan kerja yang dibuat kerana Allah. Biar kering bank di dunia tapi membuak-buak harta di Akhirat

Mahfum Firman Allah (Saba’:24)

Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?" Katakanlah: "Allah", dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.

No comments:

Post a Comment