Monday, January 16, 2012

Harapan dan Impian




Salam

Sudah lama ku tinggalkan bersawang blog ini.
Azamku tahun ini, x mahu blog ini tercicir dalam diari kehidupan ku yang singkat

Alhamdulillah segala Puji bagiNya. Hanya Dia yang berhak atas segala pujian
Bermulanya sesi pengajaran setelah bercuti semester sebulan.
Student yang cuti, lecturer masih lagi berkerja cuma more focus on management work

Tahun ini banyak pengharapan yangku impikan.
Banyak impian yangku harapkan bernyala
Apa yang ku harapkan? Bagaimana hidupku sebelum ini?

Umurku makin meningkat, komitmen kerjaku makin menjadi2,
Kesibukanku makin melekat, kesihatanku macam yo-yo,

Hmm kadang-kadang terfikir, apakah yang akan terjadi pada hidupku di masa2 depan
Hari ini new planner ada di atas meja. Ofcos every year setiap staff akan dapat.
Belek2 punya belek, tupp planning 2013...tiba-tiba aku terfikir apakah ada lagi perjuanganku di kala itu

Tahun ini banyak benda bermain dikepala walaupun baru beberapa percent sahaja hidup di tahun 2012.
Aku mahu itu, aku mahu ini..aku hendak itu

Renungku kadang kala.....siapakah aku? apa fungsi aku? apakah aku ini somebody or nobody?
Ya Allah, jangan Kau tutup pandanganMu dari aku..

Azam dan harapan ku. Bukan mengharap 100 percent tapi at least melepasi paras setengah sudah memadai  untuk direalisasikan

1- Hidupku hanya milik Allah
2- Tingkatkan darjat dan ketakwaan. This two things sgt2 aku lalai. Entah di darjat mana aku di sisi Allah. Entah di paras mana takwaku padaNya
3. Berusaha mencari, memahami, merasai, mendalami apa itu IKHLAS. Ya Allah aku takut. Apa benar aku ikhlas padaMu?
4. Berbakti pada orang tua. Aku sangat2 syg pada orang tuaku. Apakah ada jalan lain supaya aku dapat membantu mereka dalam bermacam perkara? Hati kadangkala berdetik, jahatkah aku pada mereka?
5. Mentarbiahkan keluargaku. Mahu isteri dan anakku memahami jiwaku, hatiku
6. Membaiki kehidupan. Hidup boleh dibaiki. Hanya kemahuan yang perlu ditingkatkan. nescaya motivasi akan sama-sama memuncak
7. Mencari, memburu KERBERKATAN dalam kehidupan


Ya Allah, aku mohon hidayahMu, keberkatanMu, redhaMu dan SyurgaMu. Amin

1 comment:

  1. 1xbet korean | legalbet,korean - legalbet,korean
    2xbet korean. 1xbet septcasino korean. 1xbet 1xbet korean korean. 1xbet korean. 1xbet หาเงินออนไลน์ korean. 1xbet korean. 1xbet korean. 1xbet korean. 1xbet korean.

    ReplyDelete