Monday, January 16, 2012

Pergaulan dan hati



Hatiku meronta-ronta. mahu sahaja aku memahami maksud pergaulan.
Aku mengharapkan pergualan dan hubunganku dengan makhluk bukan muhrim dapat dijaga dengan batasan-batasan yang ditetapkan oleh syarak. InsyaAllah cuba dapatkan markah A

Hari-hari aku sentiasa mendampingi student and staff. Bermacam-macam karenah, macam2 rupa, bermacam-macam pael, bermacam perangai. Tidakku nafikan aku mudah untuk bergaul dengan semua orang hatta dengan kumpulan yang bermazhab bukan muhrim. Apa yang aku harapkan, aku dapat menguasai fikiran, jiwa, nafsu dan yang paling penting hati. Pergaulan hati

 Hati memang sangat2 merbahaya bagi mereka yang tidak mampu menguasaiNya. Bahayanya bagiku umpama meletakkan pistol di hujung kepala. Kenapa?

Dengan hatilah, ia mampu mengubah apa yang tersedia dan yang akan sedia. Hati akan tercemar jika kita sengaja mewarnai dengan lumpur yang busuk.

Kerana pergualan yang tiada pegangan, batasan, lambat laun menyebabkan hati mudah terpaut, terpesona, terpikat, walaupun itu perjumpaan pertama kali. Hati akan mudah refleks dengan cara orang berpakaian, bercakap, bergerak walaupun ia pada orang pertama kali berjumpa.

Aku sentiasa berdoa, secantik mana kaum hawa, pakai tudung umpama student UIA, semanja mana seseorang itu, semolek mana akhlaknya, hatiku tetap pada yang satu-isteriku. Aku pun berharap isteriku menjejak langkah yang sama. Jangan hanya kerana berkopiah di kepala, semanis kurma di mulut, mudah hati ini terpikat pada orang yang bukan haknya...

Ya Allah, jagailah hatiku, hati keluargaku, tunjukkan hidayahmu. Amin

No comments:

Post a Comment